RSS Feed

Tuesday, December 21, 2010

Suatu Suratan

kehidupan tanpa guru umpama malam yang tiada sinar purnama.

Tatkala aku sedang duduk mengahadap keheningan pagi,aku terleka seketika dibuai 
kemakmuran angin pagi.Dan pada masa itulah angin datang kadang-kadang menderu laju menusuk kalbu memuput dan menyegarkan suatu kemanisan sewaktu menimba ilmu dari seorang guru yang gagah dan pecaya tiada ertinya kebahagiaan melainkan kejayaan anak-anak didiknya.

Setiap insan memerlukan suatu bimbingan yang akan membawanya ke suatu mercu kepuasan dan kemenangan yang abadi dunia dan akhirat,InsaAllah.Apalah ertinya kehidupan tanpa pembuluhnya iaitu seorang guru.Aku tidak dapat menafikan bahawa setiap elemen pendidikan bermulanya dari rumah.Guru itu ibarat penunda kapal terbang dan muridnya merupakan kapal terbang itu sendiri.Fakta amnya,kapal terbang sememangnya tiada gear undur.Oleh itu,ia memerlukan penundanya untuk mengundurkannya dan membawanya ke atas garisan perlepasan justeru memudahkan operasi penerbangan kapal terbang tersebut.Maka,setiap individu memerlukan seorang guru sebagai permulaan pembelajaran.
Senag bukan rentetan falsafah yang sudah tertera di atas.Setiap kali kita memulakan pelajaran kita mesti akan membaca topik yang akan dibicarakan oleh guru-guru pada keesokan harinya.Sudah tentu kita akan menjadi kurang jelas tentang topik yang telah kita baca.Sebaliknya,guru-gurulah yang akan menerangkan dengan lebih jelas lagi.janganlah percaya pada kata-kata saya sahaja tetapi percayalah pada hati saya.
Saya rasa cukuplah warkah saya untuk kali ini.
Untuk yang terakhir kali sematkanlah kata-kata pujangga ini di dalam hati sanubari anda:-
Hidup di dalam samudera kasih memerlukan suatu persepsi kehidupan yang yang tinggi dan lonjakkanlah anjakan paradigma dalam diri dalam misi mengejar kejayaan.
Dan janganlah kita melupakan segala jasa yang telah guru-guru curahkan.
salam..... 

0 comments:

Post a Comment